Home » info makanan » 6 Tips Mudah Menghilangkan Bau Hanyir Ikan Air Tawar

6 Tips Mudah Menghilangkan Bau Hanyir Ikan Air Tawar

 

6 Tips Menghilangkan Bau Hanyir Ikan Air Tawar

 

6 Tips Mudah Menghilangkan Bau Hanyir Ikan Air Tawar

Ikan air tawar sememangnya sedap apabila dimakan, terutamanya ikan talapia, ikan sepat, ikan keli, ikan sembilang dan banyak lagi. Akan tetapi ikan air tawar ini mempunyai satu bau dan rasa yang kadang kala akan membuatkan sesutu masakan kurang sedap. Jadi mari PP beritahu 6 Tips Mudah Menghilangkan Bau Hanyir Ikan Air Tawar; senang jew

 

  • Selepas menyiang  dan ikan dibersihkan, lumurkan ikan dengan beberapa sudu makan tepung gandum ataupun tepung beras. Perapkan selama 10-15 minit sebelum dibilas bersih.
  • Jika anda tidak mempunyai stok tepung,  lumurkan ikan tadi dengan sedikit perahan air limau nipis selama beberapa minit. Selain daripada limau nipis, asam jawa juga boleh digunakan sebagai bahan gantian.  Bersihkan ikan sehingga bersih dan bolehlah dimasak  seperti biasa.
  • Rendamkan ikan yang telah disiang dan yang sudah dibersihkan ke dalam air basuhan beras selama 15 -20 minit. Kemudian ikan bolehlah dibilas sehingga bersih.
  • Ambil beberapa genggam daun jambu batu dan ramaskan ke dalam sebesen kecil air. Rendamkan ikan untuk beberapa minit . Cucilah ikan sehingga bersih  sebelum digoreng atau dimasak.
  • Ramas daun pisang kelat bersama sedikit garam dan sedikit ir. Kemudian lumurkan air ramasan daun pisang tadi ke atas ikan. Biarkan selama beberapa minit, selepas itu barulah dicuci bersih.
  • Ramas segenggam daun senduduk bersama daun serai. Kemudian lumurkan bahan ramasan daun senduduk dan serai tadi ke atas ikan. Biarkan selama beberapa minit, selepas itu barulah dicuci bersih.
  • Masukkan beberapa helai pucuk kaduk dan daun kesom ke dalam masakan yang mengandungi ikan air tawar,  Insyaallah bau hanyirnya akan hilang dengan sendirinya.

 

selamat mencuba-PaliPali.net

Sumber: apacerita

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini

  Terhangat Song Joong Ki & Song Hye Kyo Akan Berkahwin Oktober Ini Akhirnya impian para …

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *