Home » resepi » 6 Resepi Sandwich yang Sihat Dan Sedap

6 Resepi Sandwich yang Sihat Dan Sedap

6 Resepi Sandwich yang Sihat Dan Sedap

 

6 Resepi Sandwich yang Sihat Dan Sedap

Sandwich merupakan makan yang sentiasa dibawa apabila pergi berkelah , sama ada di kawasan air terjun ataupun taman-taman. Ianya merupakan makanan yang sedap dan mudah untuk disediakan. Sandwich juga amat baik untuk sesiapa ynag berhasrat untuk berdiet. Mari PP kongsikan 6 Resepi Sandwich yang Sihat Dan Sedap;

 

1. Sandwich Ayam Mayonis

Bahan-bahanya :

500 grm isi ayam – secukupnya
1 helai daun bay
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
mayonis secukupnya ,
garam
dan serbuk lada hitam secukupnya
roti salad & timun

Cara menyediakanya :

Bersihkan isi ayam dan  masukkan ke dalam periuk kemudian isi air secukupnya dan masukkan daun bay , bawang besar dan bawang putih yg sudah diracik-racik . Rebus isi ayam dengan menggunakan api  yang kecil supaya ayam masak dengan perlahan-lahan, tujuan menggunakan api yang kecil adalah supaya isi ayam tidak menjadi terlalu keras apabila sudah masak nanti . Tos kan isi ayam dan diracik kecil semua isi ayam . Masukkan dalamisi ayam ke dalam mangkuk,  kemudian masukkan mayonis secukupnya dengan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan sehingga sebati , boleh terus dimakan dengan roti atau disimpan isi ayam dalam peti sejuk untuk seketika dalam 3-4 jam .

 

2. Roti sandwich berinti sosej

Bahan untuk Inti sosej:
1 biji bawang besar di potong dadu
sosej satu peket
timun 1 batang (dipotong dadu)
lada hitam/lada sulah/cili sos
sedikit mayonis

Cara membuatnya:
– tumis bawang sampai naik bau.  Kemudian masukkan sos cili.
– Masukkan sosej dan letakkan sedikit air (nak letak ayam/ daging pon boleh)
– Bila sudah mendidih, letakkan lada hitam/ lada sulah/garam/gula sedikit.
– Masukkan timun jepun dan letak 3 sudu mayonis dan  gaul.
– Bila dah kering angkat dan sejukkan.

Bahan-bahan untuk buat roti poket
– roti gardenia
– 2 biji telur(pukul dan letak sedikit garam)
– breadcrumbs

Cara-cara membuatnya:
-Kapit 2 keping roti dan gelek kan roti .(Bagi leper roti) Kemudian tekap dengan benda bulat. Ulang sampai habis. Kalau roti gardenia yang panjang tu, boleh dapat dalam 10 keping.
-Letak roti yang sudha dileperkan yang menjadi bentuk bulat kedalam telur yang dah dipukul.
-Celup pula roti tadi ke dalam breadcrumbs. Selimutkan dia jangan ada satu tempat pun yang tertinggal.
-Masukkan dalam kuali untuk mengoreng. Guna api sederhana shaaja, jangan terlalu kuat. Best tau tengok roti ni mengembang macam belon .
-Semua roti yang telah siap di goreng. Ketepikan dan sejukkan dulu.
-Gunting roti tadi tuk menjadi dua bahagian dan  roti akan menjadi seperti roti pita.
-Masukkan salad and inti yang di masak tadi ke dalam roti. Lastly, letak sos kalau suka pedas…

 

3. Roti Hamlet

Bahan-bahannya:

– Roti hotdog dibelah dua (jangan sampai putus)
– Kaya
– Mentega
– Telur

Cara membuatnya:

– Panaskan kuali leper dengan mentega.
– Pecahkan telurdan kacau dalam mangkuk
– Tuangkan telur ke atas kuali leper.
– Letak 1 Roti Hotdog – 1 biji telur untuk 1 Roti Hotdog

– Agak-agak nampak sudah masak, terbalikkan roti untuk panaskan bahagian atasnya.
– Letak roti diatas pinggan leper
– Salut kaya dan Mentaga sebelah menyebelah roti yang ada telur.

 

4. Roti Sandwich Sardin Roll

Bahan-bahanny:

1 tin kecil tin sardin (boleh guna apa sahaja jenama yang disukai)
1 labu bawang besar (dipotong)
4 biji cili padi (dihiris)
sebuku roti sandwich (kecil)
sedikit perasa
sedikit minyak untuk menumis dan mengoreng

Cara-cara membuatnya:

a) Cara masak inti sardin bagi roti sardin gulung

-panskan minyak dan tumis bawang yang dipotong sehingga naik bau.
-Keluarkan sardin dari tin dan asingkan tulang.
-Masukkan  sardin dan cili padi ke dalam kuali dan gaulkan sehingga hancur.
-Siap untuk dibuat inti roti sardin gulung.

b) Cara buat kulit roti sardin gulung

– Ambil roti sandwich dan gelek/ lenyek (guna cawan) sehingga menjadi mampat dan nipis.
**Sila pastikan roti tu betul-betul mampat untuk mengelakkan minyak banyak diserap ketika mengoreng.
2. Isikan roti dengan inti sardin yang telah dimasak.

**selain sardin, intinya boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.

3. Selepas masukkan inti, gulungkan roti dan sapukan hujung roti dengan bancuhan tepung gandum (gandum+air) atau telur bagi gam/ lekat gulungan itu supaya tidak terbuka ketika mengoreng.
4. Untuk lapisan luar roti yang telah digulung tu ada 3 cara yang korang boleh guna iaitu samada celup roti dengan telur kemudian goreng/ celup telur kemudian golek dengan serbuk roti dan goreng/ goreng roti tu begitu sahaja.

 

5. Sandwich Toasted  cheese

Bahan-bahan:
2 keping roti
1 keping cheese
Sedikit margerin
Banyak sikit mayonnaise

Cara-cara:
Ambil dua keping roti dari plastic rott, sapu margerin secukupnya pada kedua-dua belah luar roti.
Letak cheese ditengah-tengah roti (bahagian tiada margerin) dan sapu mayonnaise di atasnya.
Tutup semula roti dan bakar di atas pemanggang ajaib atau pan biasa api sederhana tinggi. Terbalikkan roti sehingga rangup kedua-dua belah roti.

 

6. Roti  Sandwich Petai  Ikan  Bilis

Bahan-bahanya:
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
3 papan petai, 
1 biji bawang besar, dihiris  bulat dan leraikan
2 senduk nasi penuh cili kisar
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

Bahan-bahan untuk dikisar
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci hirisan halia
1 inci belacan

Bahan-bahan lain:
Roti sandwich secukupnya
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar  hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa dan kacau rata.
Tuang air, kacau dan masukkan petai, masak sekejap, tambah ikan bilis dan bawang besar. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (atau secukup rasa). Kacau dan masak hingga pekat.
Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Sediakan roti sandwich secukupnya, bakar sekejap hingga keperangan. Sudukan sambal secukupnya dan hias dengan hirisan timun dan hirisan tomato. Kemudian potong dia (bebentuk 3 segi). Hidangkan segera.


Selamat mencuba-PaliPali.net

 

Sumber: FB

 

 

 

Incoming search terms:

Check Also

Resepi Sedap Dan Ringkas Agar-Agar Bintik Hujan

Resepi Sedap Dan Ringkas Agar-Agar Bintik Hujan

  Resepi Sedap Dan Ringkas Agar-Agar Bintik Hujan Agar-agar memang sedap dan mudah untuk dimasak, …

Resepi Mudah Dan Ringkas Tauhu Berlauk

Resepi Mudah Dan Ringkas Tauhu Berlauk

  Resepi Mudah Dan Ringkas Tauhu Berlauk Baru-baru ini RP ada kongsikan resepi mudah untuk …

10 Resepi Chia Seeds Yang Mudah Untuk Diet Harian Anda

10 Resepi Chia Seeds yang Mudah Untuk Diet Harian Anda

    10 Resepi Chia Seeds Yang Mudah Untuk Diet Harian Anda  Umum mengetahui bahawa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *