Home » gambar artis » 5 Tips Rahsia Kajol Untuk Kekal Cantik Dan Menawan

5 Tips Rahsia Kajol Untuk Kekal Cantik Dan Menawan

5 Tips Rahsia Kajol Untuk Kekal Cantik Dan Menawan

 

5 Tips Rahsia Kajol Untuk Kekal Cantik Dan Menawan

Siapa yang tidak kenak dengan Kajol seorang artis Bollywood yang sememangnya cukup terkenal dengan gaya lakonan dan kecantikannya. Kajol, ternyata memiliki aura dan pesonanya yang tersendiri sehingga mampu mencuri perhatian ramai peminat dengan penampilannya yang cukup cantik dan menawan sekali.

Kemunculan Kajol menerusi filem terbarunya ‘Dilwale’ bersama pasangan serasinya sejak dua dekad lalu, iaitu Shah Rukh Khan, berjaya mencetuskan fenomena apabila filem arahan Rohit Shetty mendapat sambutan hebat dan menyebabkan berlakunya ‘demam’ filem tersebut di serata dunia.

Bukan itu saja, para penonton juga terpesona menyaksikan penampilan Kajol yang semakin cantik serta menawan dan seperti tidak dimamah usia.  Jadi mari PP kongsikan 5 Tips Rahsia Kajol Untuk Kekal Cantik Dan Menawan:

 

1. Lakukan senaman ketat selepas melahirkan

Ibu kepada dua cahaya mata ini mengakui selepas melahirkan anak, berat badannya naik dengan amat mendadak. Namun, dia nekad untuk mendapatkan bentuk badan yang asal dan dengan melakukan rutin senaman yang ketat Kajol  berjaya menurunkan berat badanya sebanyak 18 kilogram.

 

2. Menjaga pemakanan & tidak makan makanan segera

Kajol juga menitik beratkan dan menjaga pola pemakanannya. Kajol juga tidak menyentuh sebarang makanan segera atau kudapan yang tidak menyihatkan. Dia percaya, pengambilan makanan yang berkhasiat dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada tubuh badannya.

 

5 Tips Rahsia Kajol Untuk Kekal Cantik Dan Menawan

3. Elak dari terdedah sinaran matahari

Melihat kulit wajahnya yang makin cerah, ada yang mendakwa aktres ini melakukan pembedahan melanin atau skin melanin surgery namun ianya disangkal. Menurut Kajol, tona kulitnya menjadi semakin cerah berbanding dahulu adlah kerana dia mengelak dari terkena sinaran matahari.

“10 tahun saya bekerja berlakon di bawah terik mentari membuatkan kulit saya menjadi gelap. Kini saya tak lagi bekerja begitu, sebaliknya lebih banyak berada di rumah jadi kulit saya makin putih. Ianya bukan kerana pembedahan,” ujarnya dalam Flimibeat.

 

4. Cukup tidur

Ini antara rahsianya untuk kekal segar, sihat dan awet muda. Menurut kajol, dia akan pastikan dia mendapat tidur yang secukupnya antara 8 hingga 10 jam sehari.

“Saya tidurkan anak pada jam 9.30 malam dan saya sendiri akan lena selepas mereka melelapkan mata. Saya tidak berjaga sehingga ke lewat malam dan tidak menghadiri parti. Jika ada kerja malam, sebaik sahaja selesai saya akan terus pulang ke rumah.

 

5. Minum air secukupnya

Untuk dapatkan kulit yang kekal cantik, menawan dan awet muda, pengambilan air adalah sangat dan amat penting. Kajol juga mengamalkan minum air putih sebanyak 9 hingga 10 gelas sehari.

haaa nak jadi cantik menawan seperti Kajol , jom kita cuba tips ini… –PaliPali.net

 

Sumber : Hanasuva

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung

      Gambar Sekitar Majlis Resepsi Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung …

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *