Home » Informasi » 12 Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

12 Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

 

12 Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi, air lemon baik untuk kesihatan, minum air lemon,

 

12 Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Buah lemon sememangnya diketahui mempunyi dua khasiatnya yang terulung iaitu sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. Ianya juga boleh dijadikan sebagai ‘ubat kurus’, ini kerana jus lemon membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati. Buah lemon juga mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang dimana dapat meningkatkan tahap imun sistem kita dan dapat melawan sebarang jangkitan. Jadi mari PP beritahu apa 12 Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi;

 

 

1. Jika mengamalkan minum air lemon pada waktu pagi, ianya akan memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium yang sememangnya baik untuk tubuh.

2. Minum air lemon sebaik sahaja anda bangun dari tidur boleh melegakan dan mengelakkan berlakunya masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Buah lemon adalah bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Ini kerana hati kita bekerja sebagai ejen perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat sebarang kerja.

4. Mempunyai kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ianya boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, menurut hasil kajian. mereka  mendapati lemon mempunyai ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

6. Air lemon juga boleh membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan berlakunya sembelit atau cirit-birit.

7. Minum Air Lemon juga boleh meningkatkan kesihatan kulit kita. Kandungan Vitamin C yang ada dalam lemon boleh membantu untuk memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan juga antioksidan yang lebih penting untuk kulit kita.

8. Air Lemon juga boleh membantu hati untuk menghasilkan lebih hempedu yang akan membantu menghadamkan lemak degil.

9. Selain itu , ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon juga boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minumlah seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Minum air lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan kita.

11. Terdapat banyak sumber dan fakta yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ianya juga  mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang jugadimana boleh membantu mengurangkan masalah bau badan.

Banyakan kebaikan minum air lemon setiap pagi… semoga dijadikan amalan.-PaliPali.net

Sumber: sayangsabah.com

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy …

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *