Home » Informasi » Resepi Rahsia Menjadikan Teh Tarik Ala Mamak Style

Resepi Rahsia Menjadikan Teh Tarik Ala Mamak Style

Resepi Rahsia Menjadikan Teh Tarik Ala Mamak Style

Resepi Rahsia Menjadikan Teh Tarik Ala Mamak Style

Semua orng sememangnya amat meminati minuman teh tarik, tambah-tambah lagi apabila pegi minum di kedai-kedai mamak, memang perghhh!!!… teh tariknya kaw gilew.., tengok cara dioarng buat macam biase je teh, susu air panas, kacau-kacau, tarik-tarik.. dah siap. Tetapi apabila kita buat teh tarik di rumah mesti tidak menjadi seperti di kedai mamak, kenape ye, apa resepi yang diorang gunakan ye?… haa harini PP akan kongsikan kepada anda Resepi Rahsia Menjadikan Teh Tarik Ala Mamak Style, mudah aje..

 

Ini resepi rahsianya:-

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tapis teh, jenis kain putih (sama macam yang kat kedai mamak)
  • Air panas (yang masih mendidih)
  • Serbuk Teh Tarik Boh (Boleh juga mengguna brand lain atau sebarang serbuk teh )
  • Susu pekat manis F & N atau Cap Teko (jangan guna brand lain sebab nanti tak umpph )
  • Garam
  • Gelas
  • 2 Sudu teh
  • cawan atau teko (untuk tarik teh tinggi-tinggi)

Cara Membuatnya:

Mula-mula sekali:

  1. Sediakan 1 gelas berisi air garam (tuang air panas tambah sedikit garam).
  2. Masukkan 1 sudu teh di dalam gelas air garam dan biarkan  untuk seketika.
caranya:
  1. Ambil 1 sudu serbuk teh (gunakan sudu teh yang lain) dan tuang ke dalam tapis teh (jenis kain tadi).
  2. Rendamkan tapis tadi dan serbuk teh tersebut ke dalam cawan selama 1 minit atau sehingga air telah menjadi hitam.
  3. Kemudian angkat tapis tadi.
  4. Tuangkan 3-4 sudu susu ke dalam cawan tadi. Gunakan sudu teh di dalam gelas air garam tadi (rujuk step awal) untuk proses ini.
  5. Kacau rata (dengan gunakan sudu air garam di atas tadi)
  6. Tarik tinggi-tinggi 2-3 kali (pastikan cawan atau teko di bawah lebih besar supaya air tak tumpah)
  7. Dah siap.
Mesti anda pelikkan kenapa gunakan garam ini kerana memasukkan garam ke dalam teh tarik adalah rahsia mengapa teh tarik kedai mamak lebih ‘kaw’ dan sedap rasanya. Gabungan antara garam + susu+ teh itulah yang membuatkan ianya menjadi lebih sedap dan power. 

Cara yang lebih Mudah 

kalau nak buat teh tarik satu cawan (mug), serbuk teh satu sudu besar. Kalau nak buat teh tarik satu teko kena lah guna sekurang-kurangnya dua sudu besar serbuk teh. Baru lah air rendaman teh tu jadi cukup pekat.

Penting juga untuk pastikan serbuk teh kita direndam dengan agak lama. Bagi serbuk teh betul-betul “kembang” dan diekstrak secukupnya.

Guna susu pekat yang anda gemari.  kalau tak dapat susu pekat F&N (dengan vitamin) boleh pilih susu pekat Dairy Cham.  kepekatan susu pekat Dairy Cham sangat seimbang. Harga pun boleh tahan ekonomi juga 🙂

 Sukatan susu pekat mesti diberi perhatian. Kalau susu pekat kurang, nanti masa tarik teh tu buih tak banyak. Teh tarik kalau tak ada buih, tak sedap…!! Nisbah mudah sahaja, 1 sudu teh = 2 sudu susu pekat.

Selepas dibancuh sebati, seimbang dan secukup rasa dengan kepekatan yang jitu , barulah masukkan BAHAN RAHSIA IALAH secubit garam. ya, secubit garam dapat membuatkan teh tarik kita tu rasanya lebih sedap dan rasa lemak-lemak  sama MACAM kat kedai Mamak!! 

 Selamat mencuba… – PaliPali.net

 Sumber: mixzan/dramaticuniq

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan – Resepsi Anis Al-Idrus Dan Hani Era Dengan sekali lafaz …

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00

  Gambar Anak Kembar Cristiano Ronaldo Mateo Dan Eva Yang bernilai RM980,000-00 Setelah sekian lama …

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival

  Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anakanda TMJ Bertemakan Lili Carnival Pada 2 Julai lalu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *