Home » Informasi » Jom Kenali 5 Jenis Pemerah Atau Gincu Bibir

Jom Kenali 5 Jenis Pemerah Atau Gincu Bibir

Jom Kenali 5 Jenis Pemerah Atau Gincu Bibir

 

Jom Kenali 5 Jenis Pemerah Atau Gincu Bibir

Memakai pemerah bibir atau gincu bibir memainkan peranan penting untuk menaikkan lagi seri wajah kita. Jikalau hendak ke mana-mana memakai pemerah bibir adalah wajib sekali bagi semua golongan wanita dan para gadis remaja. Ini kerana pemerah bibir dianggap sebagai sahabat baik buat si gadis atau kaum wanita. Selain bedak muka, pemerah pipi dan pembayang mata, pemerah bibir merupakan salah satu barang yang wajib ada di dalam beg tangan setiap wanita. Jadi Jom Kenali 5 Jenis Pemerah Atau Gincu Bibir anda;

 

 

1. Pemerah bibir pensel
Ianya amat sesuai bagi anda yang memiliki bibir yang tidak berbentuk. Gincu atau pemerah bibir  pensel ini boleh menjadi penyelamat buat diri anda kerana ianya amat mudah untuk membentuk lakaran di bibir anda . Sifatnya adalah seperti penggaris mata dan juga ianay digunakan sebagai bingkai bibir.

 

2. Pelembap bibir
Pelembap bibir atau ‘lips balm’ tidak mempunyai warna tetapi hanya rasa sahaja. Tetapi ada juga pelembap bibir  yang didatangkan dengan sedikit warna untuk  menyerikan lagi bibirmu . Pelembap bibir ini biasanya digunakan untuk melembapkan lagi bibir anda supaya tidak kering. Amat sesuai digunakan kepada si jelita yang bekerjaya.

 

3. Pemerah bibir ‘matte’
Pemerah bibir ini semestinya mempunyai banyak warna pilihan , dan ianya berbentuk solid. Lakukan dengan sapukan pelembap bibir terlebih dahulu sebelum anda sapukan pula pemerah bibir matte pada bibir anda. Ini adalah kerana pemerah bibir matte mengandungi sedikit sahaja pelembap bibir berbanding pemerah bibir ‘glossy’ dan pemerah bibir ini bersifat lebih tahan lama.

 

4. Pemerah bibir satin

Amat sesuai digunakan bagi mereka yang cenderung memiliki bibir yang agak kering. Jenis pemerah bibir satin ini boleh melindungi bibir indah anda dari kekeringan dan pecah-pecah, ini kerana pelembap yang terkandung di dalamnya adalah cukup tinggi. Pemerah bibir ini juga dapat menonjolkan diri anda dengan ketegasan warnanya.

5.Pemerah bibir ‘glossy‘
Pemerah bibir ‘glossy’ ini adalah bersifat lembap dan dilengkapi dengan ‘glitter’. ianya akan memebuatkan bibir anda akan kelihatan lebih seksi. Akan tetapi , pemerah bibir ini mudah dan cepat hilang, oleh yang demikian anda haruslah  sentiasa membawanya setiap masa.

haa ok kan… –ramenpedas.com

Sumber : PesonaPengantin

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

  Gambar Putera Abdul Mateen Yang Teramat Kacak Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas …

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *