Home » Hiburan » Diwale Filem Terhebat Shah Rukh Khan Dan Kajol 2015

Diwale Filem Terhebat Shah Rukh Khan Dan Kajol 2015

Diwale Filem Terhebat Shah Rukh Khan Dan Kajol

 

Diwale Filem Terhebat Shah Rukh Khan Dan Kajol 2015

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan paling serasi Bollywood Shah Rukh Khan dan Kajol. Pada penghujung akhir tahun 2015 pasangan yang hebat ini telah melahirkan lagi satu filem yang sememangnya cukup ditunggu-tunggu oleh semua peminat mereka di seluruh dunia dan ternyata penantian itu tidak sia-sia. Diwale sebuah filem yang cukup hebat untuk tontonan semua.

Turut menampil muka-muka baru dalam dunia perfilem Bollywood sememangnya mencetuskan fenomena terhadap filem Diwale di seluruh dunia termasuk Malaysia,  Australia dan Amerika Syarikat. Jom PP kongsikan apa yang hebat mengenai filem ini.

Diwale mengisahkan Shah Rukh Khan (Raj Randhir Bakshi/Kaali) dan adik kesayangannya Varun Dhawan (Veer Randhir Bakshi) telah membuka sebuah kedai kereta yang menjual kereta-kereta mahal. Digambarkan Raj  adalah seorang yang beperwatakan abang yang sangat baik dan sangat menyayangi adiknya itu. pada suatu hari Mani Bhai (Johnny Lever) telah mencuri barang di kawasan Raj Bandir Bakshi dan telah ditangkap oleh penduduk kampung, namun oleh kerana Raj seorang yang lembut hati dia melepaskan Mani Bhai kerana kesian dengan kisah hidupnya. Pada masa yang sama Veer adik kepada Raj telah dikehendaki menghantar kereta mahal pesanan pelanggan, akan tetapi telah terserempak dengan Ishita Dev malik (Kriti Sanon) lalu jatuh cinta pandangan pertama, niat ingin menolong akhirnya Veer merosakkan kereta pelanggan demi menolong Ishita. Raj yang terkejut dengan kerosakkan kereta menyuruh Veer membaik pulih balik kereta berkenan. Sedang Veer membaiki kereta, kebetulan pula Ishita datang ke bengkel kereta mereka, dari situ bermula lah detik percintaan mereka.

Apa mereka tidak tahu Isihita adalah adik kepada Meera Dev Malik (kajol). Veer dan Ishita amat mencitai antara satu sam lain akan tetapi Meera menghalang cinta mereka, perasan hairan menyelubungi Veer dan Ishu apa yang menyebabkan Meera menghalang hubungan mereka, rupa-rupanya Raj dan Meera ada kisah silam yang disimpan selama 15 tahun. Untuk pengetahuan anda , 15 tahun dahulu Raj dan Meera merupakan pasangan kekasih tetapi berpisah atas sebab salah faham.

Rupanya -rupanya Raj adalah ketua kumpulan gangster paling berpengaruh di Bulgaria , dan nama sebenar Raj adalah Kaali, pada suatu hari Raj telah terserempak kembali dengan Meera lalu ianya menyebabkan Raj teringat kembali tentang kejadian 15 tahun dahulu, di mana dilihatkan adengan aksi kejar mengejar kereta dimana Kaali sedang mengejar gangster lain, tiba -tiba Kaali terlanggar Meera yang muncul secara mengejut di hadapan kereta Kaali.

Bermula sejak itu Kaali mula jatuh cinta pandang pertama kepada Meera, sejak dari itu Kaali dan Meera mula keluar bersama dan yang paling menarik apabila Meera memberikan Kaali 5 minit sahaja unuk keluar berdating dengannya. Adengan ini sungguh menarik dan romantik. Apa yang Kaali tidak tahu rupa-rupanya Meera merupakan anak kepada gangster yang menjadi musuh kepada keluarga mereka.

Pada satu hari Kaali ingin menghantar emas kepada gangster yang lain, tetapi kaali telah membocorkan rahsia dengan memberitahu kepada Meera tempat dan tarikh penghantaran itu, semasa proses penghataran tersebut tiba -tiba kumpulan Kaali telah diserang hendap oleh sekumpulan gangster lain yang ingin merampas emas tersebut, rupa-rupanya Meera adalah Ketua yang menyerang Kaali, habis semua emas Kaali dirampas oleh Meera, adegan ini memang best gilew.. selama ini Meera hanya berpura-pura mengurat Kaali.

Diwale Filem Terhebat Shah Rukh Khan Dan Kajol

gerua dilwale

Kaali yang berang mula pergi mengejar Meera, adegan kejar mengejar kereta ini memang menarik, akhirnya Kaali dapat menghentikan Meera di hujung gaung dan Kaali meluahkan perasan cintanya kepada Meera. Meera yang terkejut dengan luahan Kaali mula berfikir dan akhirnya Meera juga mulai jatuh cinta kepada Kaali. Adengan inilah yang menampilkan lagu yang amat sedap sekali iaitu ‘Gerua’, Pengambaran lagu dirakamkan di Bulgaria dan Iceland. Lagunya sememangnya cukup romantik , sedap dan menarik sekali.

Meera dan Kaali yang telah dilamun cinta akhir membuat keputusan untuk memberitahu kepada kedua keluarga tentang hubungan merka, ayah Kaali merestui hubumgan tersebut, manakala ayah Meera berpura-pura menerima cinta tersebut. Pada suatu hari ayah Meera membuat perjanjian untuk berjumpa dengan Kaali dan ayahnya, kononnya untuk merestui perhubungan mereka, tetapi ayah Meera rupa-rupanya telah membuat plan untuk membunuh Kaali dan ayahnya, Meera tidak turut serta dalam perjumpaan ini. Akhirnya tembak -menembak telah berlaku dan kedua-dua ayah mereka mati membunuh sama semdiri, tetapi Kaali terpengang pistol yang membunuh Ayah Meera, kumpulan Meera telah memberitahu kepada Meera, kononya Kaali telah menipu ayahnya. Sampai disana, Meera yang telah salah faham akhirnya telah menembak Kaali.

Selam 15 tahun Meera menghilangkan diri bersama adiknya, kini kedua-dua adik mereka pula telah jatuh cinta, apakah yang akan terjadi kepada cinta Veer, Ishita, Kaali dan Meera.. dapatkah mereka memulihkan kembali hubungan mereka, berbagai plan yang kelakar dibuat oleh Veer dan Ishita untuk menyatukan Raj dan Meera, jangan lupa saksikan di pawagam berhampiran anda. Filem penuh dengan kasih sayang kekeluargaan, dan menerangkan jikalau dahulu anda gangster, kasih sayang keluarga akan merubah anda, gangster tidak selamanya gangster. dan sesuai untuk tontonan umum. Lagu-lagunya semua sedap-sedap sangat seperti Janam-janam, Daayre, Jaage dan banyak lagi ..best gilew.. PP bagi 5 bintang.

Tengok jangan tak tengok, selamat menonton- PaliPali.net

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar

Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar

  Gambar Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Yusuf Iskandar Baru-baru ini pasangan selebriti popular Hanis …

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia

      Sipnosis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin- Slot Akasia Jangan lupa …

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Mawar Rashid Dan Majlis Merisik Izara Aisyah pada 07/07/2017 yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *