Home » Informasi » Teknik Mudah Memujuk Anak

Teknik Mudah Memujuk Anak

Teknik Mudah Memujuk Anak

 

Teknik Mudah Memujuk Anak 

kanak-kanak sering menagis, berkelahi, berebut mainan dan bermacam-macam lagilah, kita sebagai ibu bapa harus pandai untuk memujuk dan meleraikan permasalahan ini. Jom PP beriitahu Teknik Mudah Memujuk Anak 

 

1— Jika anda melihat anak  menangis, janganlah buang masa untuk mendiamkannya. Cuba tarik perhatiannya dengan menunjuk burung atau awan yang ada di atas langit agar dia melihatnya, lalu dia akan terdiam. Ini kerana psikologi manusia apabila  menangis, adalah menunduk.

2— Jikalau ingin anak-anak anda  berhenti bermain, jangan berkata: “Dah-dah,  main tu, berhenti sekarang!”. Tetapi katakanlah kepada mereka: ‘lagi 5 minit lagi je ye”. Kemudian ingatkan mereka kembali:”haa lagi dua minit je ni”. dan akhir sekali katakan”Dah-dah, waktu  sudah habis”. Mereka akan terus berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang berkelahi atau menyebabkan keadaan riuh-rendah di sesuatu tempat, maka teriklah perhatian mereka  dengan mengatakan: “siapa yang hendak mendengar cerita ibu? sila angkat tangan..”. mesti salah seorang akan mengangkat tangan, dan kemudianya akan disusuli dengan anak-anak yang lain, maka semuanya akan diam.

4—  Sewaktu mahu tidur katakan kepada anak-anak:”tidur ye sayang.. besok pagi kan kita sembahyang subuh”, maka perhatian mereka akan selalu berarah ke akhirat. Janganlah  berkata: “Jom kita tidur, besok kan hendak sekolah”, akhirnya mereka tidak sembahyang  subuh kerana perhatiannya adalah duniawi.

5— Nikmatilah masa kecil anak-anak anda , kerana waktu akan berlalu dengan sangat cepat. Kenakalan dan keanak-anakkan  mereka tidak akan lama, ianya akan menjadi satu kenangan terindah kita. Jadi bermainlah bersama -sama mereka, tertawalah bersama mereka dan berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP untuk seketika, dan matikan jugalah TV. Jikalau  ada teman yang menelefon dan urusan itu tidak penting, katakan:”Maaf, ini masa saya dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya maruah anda, atau hilangnya keperibadian anda. Ingatlah orang yang bijaksana tahu bagaimana cara untuk mengimbangi segala hal dan menguasai pendidikan anak-anak..

Janganlah kita  lupa untuk berdoa dan bermohon kepada Allah. Lebih elok dengarkan  doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu bahwa betapa pentingnya mereka pada kita.

selamat mencuba- PaliPali.net

Sumber: FB

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *