Home » Informasi » Doa Amalan Untuk Mengatasi Anak Nakal atau Lasak

Doa Amalan Untuk Mengatasi Anak Nakal atau Lasak

Doa Amalan Untuk Mengatasi Anak Nakal atau Lasak

 

 

Doa Amalan Untuk Mengatasi Anak Nakal atau Lasak

Anak-anak yang agak nakal atau lasak memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menangani mereka. Ada sahaja perkara yang akan dilakukan oleh mereka yang akan menaikkan kemarahan kita. Puas sudah kita memujuk dan memarahi mereka tetapi apakan daya jarang akan didengari. Jadi jom PP kongsikan Doa Amalan Untuk Mengatasi Anak Nakal atau Lasak;

 
1. Bacalah “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah nyenyak tidur.

2. Sentiasalah cuba untuk berbicara dengan baik dan gunakanlah kaedah memujuk.

3. Berbanyakan berdoa kepada Allah minta supaya dapat dilembutkan hati anak-anak.

4. Apabila bangun pagi, peluklah anak anda, usap kepalanya dan berselawatlah sambil berniat dalam hati.

5. Bacalah surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya “Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian dihembuskan pada makanan dan minuman. Jikalau anak anda masih menyusu, hembuslah pada susu.

6. Untuk membantu anak anda supaya mudah belajar bacalah  zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti dengan ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud “Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu anda menemani anak-anak anda belajar.


8. Ketika anda memasak, sentiasalah basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud ” Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”.

9. Kita juga digalakkan untuk menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukanlah setiap malam ketika anak-anak anda dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan dan cakapkan.

10. Selepas anda solat lima waktu, amalkanlah doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud ” Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

insyallah- PaliPali.net

Sumber: FB

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair Tahniahh diucapkan dan pada 05 Julai …

Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

  Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar Selesai mengadakan majlis …

Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

  Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar Tahniahhh diucapkan kepada pelakon …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *