Home » Informasi » 6 Khasiat Air Cucian Beras

6 Khasiat Air Cucian Beras

6 Khasiat Air Cucian Beras

 

6 Khasiat Air Cucian Beras

Air cucian beras dalah air yang terhasil semasa kita membasuh beras. Tetapi tahukah anda bahawa air beras mempunyai khasiat yang kita tidak tahu, mari PP beritahu apa 6 Khasiat Air Cucian Beras;

 

1.Sebagai toner untuk kulit

Caranya: Rendamkan  kapas ke dalam air cucian beras dan lapkan pada kulit  wajah  anda. Ianya dapat menghilangkan setiap kotoran dan sebum  berlebihan  yang ada pada kulit anda. Jika anda lakukan dengan rutin dan kerap, kulit wajah anda akan menjadi lebih lembut dan berasa segar.

 

6 Khasiat Air Cucian Beras

2. Masker wajah

Air cucian beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker untuk wajah anda. caranya, ambil topeng muka dan rendamkan ke dalam air cucian beras selama 10 minit. Kemudian letakkan topeng muka tersebut  pada wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Rasakan kesegaran wajah anda selepas memakainya.

 

3. Cuci muka

Caranya ; Anda boleh menyimpan air cucian beras ke dalam botol atau bekas dan menggunakannya setiap kali ketika anda ingin mencuci muka. Khasiatnya air cucian beras adalah baik untuk mencerahkan kulit anda. Oleh itu anda tidak lagi perlu bergantung kepada produk kosmetik yang mahal.

 

4. Mengecilkan liang pori

Air cucian beras juga boleh mengecilkan pori dengan cara, rendamkan kapas ke dalam air cucian beras dan lapkannya pada wajah anda. Usap serta urut secara perlahan-lahan pada bahagian yang diinginkan. Ianya mampu mengetatkan liang pori dan akan membuatnya kelihatan lebih kecil.

 

5. Penyembuh jerawat

Air cucian beras juga boleh digunakan untuk mengatasi dan mengurangkan masalah jerawat pada wajah anda. Air ini juga akan dapat menyembuhkan jerawat  secara semula jadi dan ianya lebih cepat. Cubalah jika anda tidak mempercayai!

masker rambut guna air cucian beras

6. Masker rambut

Air cucian beras boleh digunakan sebagai masker rambut. Caranya, tuangkan air cucian beras pada kulit kepala anda dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilaslah dengan menggunakan syampu rambut. Anda akan mempunyai rambut indah berkilau tanpa perlukan memerlukan rawatan yang mahal.

Selamat Mencuba-Palipali.net

Sumber: Google

 

Check Also

Fikry Dan Daniel Berentap Dalam Super Spontan Superstar 2017

Fikry Dan Daniel Berentap Dalam Super Spontan Superstar 2017

  Fikry Dan Daniel Berentap Dalam Super Spontan Superstar 2017 Jangan lupa untuk menyaksikan Super Spontan …

AF Megastar 2017 Gabungkan Bekas Juara-Juara Dan Alumi Akademi Fantasia

AF Megastar 2017 Gabungkan Bekas Juara-Juara Dan Alumi Akademi Fantasia

  AF Megastar 2017 Gabungkan Bekas Juara-Juara Dan Alumi Akademi Fantasia Siapa yang tidak mengetahui …

2 Resepi Kek Milo Viral Yang Mudah Dan Sedap

2 Resepi Kek Milo Viral Yang Mudah Dan Sedap

  2 Resepi Kek Milo Viral Yang Mudah Dan Sedap Baru- baru ini heboh diperkatakan …

One comment

  1. wahh harap2 cara ini dapat mengurangkan jerawat dan melicinkan muka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *