Home » Informasi » 8 Petua Rawat Kulit Terbakar Atau Melecur

8 Petua Rawat Kulit Terbakar Atau Melecur

8 Petua Rawat Kulit Terbakar Atau Melecur

 

8 Petua Rawat Kulit Terbakar Atau Melecur

Jikalau terkena minyak panas, air panas, atau terkena api pasti kulit kita akan melecur. Ianya akan meninggalkan parut jikalau tidak dirawat dengan segera. Mari PP kongsikan 8 Petua Rawat Kulit Terbakar Atau Melecur di bawah ini;

 

1. Air

Alirkan air sejuk dengan segera pada bahagian yang terkena air panas, atau minyak panas tadi selama 10-20 minit.

8 Petua Rawat Kulit Terbakar Atau Melecur
2. Daun lidah buaya atau  aloevera dan buah manjakani 

Sapukan bahagian kulit yang melecur dengan sedikit lendir daripada daun lidah buaya atau aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk sehingga lumat.

 

3. Kopi 

Letakkan kopi serta merta pada bahagian yang yang melecur. Anda akan rasa pedih untuk seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan dan anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

 

4. Kapur sirih

Sapukan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering sapukan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

5. Getah pelepah pisang 

Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang melecur dengan sekata. Elakkan daripada terkena air supaya kulit tidak melepuh.

 

8 Petua Rawat Kulit Terbakar Atau Melecur

6. Sebiji telur 

Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang melecur menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

 

7. Sabun mandi 

Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.

 

tangan melecur

8. Ubat gigi, kicap atau marjerin 

Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian melecur. Biarkan sehingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

Jika melecur serius sila membuat  rawatan di hospital-PaliPali.net

Sumber: FB

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair Tahniahh diucapkan dan pada 05 Julai …

Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

  Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar Selesai mengadakan majlis …

Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

  Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar Tahniahhh diucapkan kepada pelakon …

One comment

  1. 👍👍👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *