Pernah berlaku tak, semasa tengah fokus drive tiba-tiba ada pula benda yang merayap atau melompat kat dashboard kereta atau di mana-mana sahaja sudut dalam kereta anda. Eeeeee gelinya… tidak kira sama ada lipas, labah-labah dan serangga lain yang seangkatan dengannya, pasti jadi mimpi ngeri kan.

Seakan panic attack,  pasti akan terjerit-jerit jika kamu memang seorang yang penggeli dan takutkan akan serangga ini. Kebanyakkan kaum  wanita yang akan bertindak sebegini, tetapi tidak kurang juga dengan kaum lelaki. Nampak macam remeh sahaja kan? Tapi, andai tidak dapat dikawal dengan betul ia akan mengundang bahaya yang boleh mengakibatkan kemalangan, terutamanya jika si pemandu yang cepat panik. Jom PP share 10 Cara  Atasi ‘Panic Attack’ Ketika Memandu

 

1) Cuba bertenang, kerana ianya adalah perkara yang paling asas sekali. Geli atau takut macam mana sekali pun, perkara pertama yang harus diberikan keutamaan adalah soal  keselamatan anda di jalan raya.

5 Cara Atasi 'Panic Attack' Ketika Memandu

2) Minta bantuan penumpang lain – Andai anda bersama  penumpang, suruh dia usir/halau serangga itu keluar dari kenderaan. Bagi kamu yang memandu jangan sesekali cuba bertindak sedemikian, terutamnya ketika kenderaan bergerak.

3) Berhenti – Berentilah di stesen minyak atau kawasan yang selamat jika kamu memang tak mampu teruskan perjalanan selagi ‘objek’ itu masih ada di situ. Kemudian, turunkan ‘penumpang’ kamu di situ. Ingat jangan sesekali berhenti di bahu jalan.

4) Jika keadaan tidak sesuai kamu untuk berhenti, maka alihkan perhatian sebentar dengan mendengar lagu sambil fokus pada pemanduan anda. Usah risau atau fikirkan sangat ke mana ‘objek’ itu akan merayap.
5) Andai serangga tersebut bersayap,  bukalah keempat-empat tingkap kenderaan kamu, dengan harapan ia akan terbang ke luar dari kenderaan kamu.