Home » ilmu Islam » 10 Golongan Yang Tidak Diterima Solatnya

10 Golongan Yang Tidak Diterima Solatnya

 

10 Golongan Yang Tidak Diterima Solatnya

 

10 Golongan Yang Tidak Diterima Solatnya

Solat adalah tiang agama. Setiap manusia sudah semestinya melakukan  solat, akan tetapi kadangkala kita juga lalai dan kita tidak ketahui walaupun kita bersolat siang dan malam, jikalau ade penyebabanya solat kita tidak diterima oleh Allah SWT memang merugikan. Jom PP kongsikan 10 Golongan Yang Tidak Diterima Solatnya;

 

  1. Orang yang tidak berjemaah.

Dimaksudkan adalah orang yang mendengar azan tetapi tidak datang berjemaah. Dan yang dimaksudkan mendengar azan adalah mendengar azan dari suara bilal sendiri tanpa pembesar suara. Jadi mereka -mereka yang rumahnya bersebelahan dengan surau/masjid (dapat mendengar suara bilal tanpa pembesar suara).

 

  1. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.

Di dalam al-Quran banyak disebut “Dirikan solat dan tunaikan zakat”.Bermaksud tiada diterima solat orang yang tidak berzakat atau zakat orang yang tidak bersolat.

 

  1. Orang yang berzina.

Diceritakan orang yang berzina ibarat orang yang telah tertanggal imannya. Maka orang yang tidak beriman, maka solatnya tidak diterima.

 

  1. Orang yang mengamal riba’.

Orang yang mengamalkan riba’ dosanya adalah seperti dosa membunuh Nabi. Maka tiada iman dan tidak diterima solatnya.

 

  1. Orang yang mencuri/merompak.

Tergantung solat orang yang mencuri itu sehingga dia bertaubat dan memulangkan barang yang dicurinya.

 

  1. Orang yang memakan benda haram (mutlak).

Haram mutlak adalah seperti arak, khinzir, harimau dan lain-lain binantang yang haram dimakan. Setitik arak, 40 hari Allah tidak menerima amalannya.

 

  1. Orang yang memakan dan meminum perkara yang haram.

Dimaksudkan disini adalah memakan, meminum, atau menggunakan sesuatu yang halal tetapi menjadi haram kerana bukan milik.Contohnya adalah orang yang makan rambutan jiran tanpa izin.

 

  1. Orang yang menjual yang haram.

Menjual yang haram yang dimaksudkan, adalah antaranya seperti orang yang menjual makanan eksotik, katak, biawak untuk orang kafir makan.

 

  1. Orang yang lari dari tuan.

Antaranya adalah hamba yang lari dari tuannya. Dan ulama’-ulama’ berpendapat termasuk dalam golongan ini adalah suami yang lari dari isteri dan anakanak.  Iaitu suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.

 

10.  Isteri yang masam mukanya.

Yang  termasuk dalam golongan ini adalah, isteri yang masam muka, cakap kasar, marah atau ingkar perintah suami.Ingatlah, isteri-isteri yang ingkar perintah suami, Allah tidak terima solatnya.

renung-renungkanlah- PaliPali.net

Sumber: Google

Incoming search terms:

Check Also

7 Waktu Berdoa Untuk Dimurahkan Rezeki

7 Waktu Berdoa Untuk Dimurahkan Rezeki

  7 Waktu Berdoa Untuk Dimurahkan Rezeki Doa merupakan pelindung dan senjata kepada setiap orang …

doa jodoh

Cara Membaca Doa Pendekat Jodoh

Cara Membaca Doa Pendekat Jodoh Bila Sebut Soal Jodoh Kita Takkan Tahu Bila Jodoh kita …

Perlukah Mandi Wiladah Selepas Bersalin

Perlukah Mandi Wiladah Selepas Bersalin

    Perlukah Mandi Wiladah  Selepas Bersalin Selalunya selepas bersalin wanita akan keluar darah nifas dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *