Home » Informasi » Petua Rawat Pecah Tumit Kaki

Petua Rawat Pecah Tumit Kaki

Petua Rawat Pecah Tumit Kaki

Petua Rawat Pecah Tumit Kaki

Seringkali kita dengar apabila wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak akan dapat masalah pecah pada tumit kaki. Ianya bukan sahaja memburukkan/mencacatkan pandangan pada kaki tapi ianya mendatangkan kesakitan apabila hendak memijakkan kaki kerana tumit kaki tersebut telah menjadi luka apabila dibiarkan berlarutan.

Hari ini PP akan kongsikan beberapa petua yang boleh menghilangkan masalah pecah pada tumit kaki ini, selamat mencuba:-


1. Buah kedondong dan kunyit hidup
Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

2. Bawang merah
Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

3. Belimbing buluh
Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

 

 

cara Rawat Pecah Tumit Kaki

4. Asam Jawa :
Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya guna garam bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

5. Rumput
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

6. Lemak ayam
Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

7. Nasi
Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

8. Daun pisang
Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

9. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

10. Betik muda
Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

petua tumit pecah!!

semoga bermanfaat Sayangi Kaki Anda –PaliPali.net

 

 

sumber : Rahsia Hawa

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair Tahniahh diucapkan dan pada 05 Julai …

Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

  Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar Selesai mengadakan majlis …

Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

  Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar Tahniahhh diucapkan kepada pelakon …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *