Home » Informasi » Melawat Panda Di zoo Negara

Melawat Panda Di zoo Negara

Melawat Panda Di zoo Negara

Melawat Panda Di zoo Negara

Cuti satu perkara yang amat menyeronokan,walaupun ia memenatkan tapi dapat mehilangkan rasa bosan dengan rutin harian kita yang biasa iaitu bekerja,tidak kira apa kerja yang anda buat ianya sama sahaja, akan tiba masa yang amat membosankan.. tapi hendak buat macam mana, itulah namanya kehidupan..kadangkadang terdetik di hati kalau lah aku kaya tentu tak payah bekerja hari-hari dan mengadap benda yang sama..kalau itulah kata anda, sebenarnya anda silap..sebab sesetengah orang kaya bekerja lebih teruk dari kita hingga ke lewat malam kerana kebanyakan mereka mempunyai bisnes sendiri yang perlu di uruskan, jadi bersyukurlah kita menjadi orang yang sederhana..kerana walaupun income tak banyak tapi masih boleh bercuti kesana-kemari.

Jom PP kongsikan apa yang best di Zoo Negara;

1. TEMPAT YANG DI LAWATI

Baru-baru ini PP ada pergi bercuti, tempat yang PP pergi adalah ZOO Negara..pada PP ok la tempat tu sesuai untuk anak-anak..kalau ikut kan harga tiket berbaloi lah..penat jugak la kaki hendak mengabihkan satu Zoo  tu..

 

Anda boleh lihat harga tiket di bawah..kalau anda ingin melihat panda anda perlu tambah Rm 20,  tak tengok pun tak pa..sebab tengok panda ni bukan lama pun sekitar 20 minit rasa nya…kebetulan masa PP pergi panda baru bersalin jadi tinggal la seekor je…masuk anda tak boleh buat bising tak benarkan  gunakan flash..

harga tiket zoo negara

 

Walaubagaimanapun panda ni comel sangat, bukan senang nak dapat tengok panda dalam bilik aircond tau duduknya. Setiap satu sesi melawat panda ini hanya dibenarkan beberapa orang pada satu masa untuk mengelakkan ganguan pada panda. Pertama kali tengok panda ni , mestilah anak-anak yang teruja, nasib tak diminta bawak balik panda tu sekali. Jadi PP syorkan bawalah anak-anak melawat panda di Zoo Negara.

 

panda di zoo negara

Selain itu Zoo Negara telah dinaik taraf supaya aktiviti melihat kehidupan haiwan-haiwan jadi lebih menarik, memang tak puas sehari berjalan, ada juga persembahan anjing laut, persembahan burung, ada kemudahan keretapi untuk kemudahan melawat sekitar Zoo, dan disediakan juga kemudahan untuk bersolat.

 

 

gajah di zoo negara

 

 

persembahan anjing laut zoo negara2.TIP MELAWAT ZOO NEGARA

PP harap kalau nak pergi tu pergi la awal sebab nak pusing mengambil masa 2-3 jam jugak, tambah dengan gelagat anak-anak kecil…jika anda ada anak yang masih kecil atau yang sukar di kawal di syorkan bawa kereta sorong..kalau tidak anda sendiri yang tak larat nak dukung dan mengejar mereka..sebelum pergi isi dulu perut kenyang-kenyang sebab dekat dalam harga makanan boleh tahan..

kalau anda hendak gambar keluarga ketika anda masuk tu ada yang akan memanggil anda untuk bergambar..harga tak pasti..tapi boleh tahan la… kalau anda tak mahu buat je la tak tahu teruskan perjalanan..kira dia orang buat bisnes la dekat dalam tu…rasanya dekat rumah pun dah banyak gambar kan kekekeke..tapi biasa la kaum hawa kalau tak bergambar mana boleh tahan…ahak…sekian untuk kali ini….

Jadi kalau nak pergi bercuti tak perlu jauh-jauh Zoo Negara pun boleh buat keluarga dan anak-anak anda happy.-PaliPali.net

 

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

One comment

  1. Perkongsian yang sangat menarik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *