Home » Informasi » Kenali Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

Kenali Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

Kenali Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

 

Kenali Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

Seperti yang kita tahu orang tua dulu-dulu diketahui memang banyak pantang larang dan  kepercayaannya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau mahupun tidak orang tua dulu-dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui tentang sifat mahupun ciri-ciri peribadi calon pasangan yang akan dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Mereka mempercayai bahawa urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Oleh sebab itulah ada yang amat yakin, bahawa anak sulung seelok-eloknya tidak sesuai untuk berkahwin dengan pasangannya yang juga anak sulung. Ini kerana, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, seperti sifat manja dan keras kepala.

Demikian jugalah jika anak bongsu, seharusnya dielakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya akan sukar untuk mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu dengan anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Walaubagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasiannya, oleh itu anak sulung tidak boleh terlalu tegas, kerana anak tunggal yang manja jadi yang sulung harus mengalah untuk menyelesaikan maslah.

Pasangan yang kedua-duanya anak tengah pula dikatakan sangat sepadan. Pasangan ini mempunyai pendapat yang sama dalam apa jua perancangan. Ini kerana apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, mamakala pasangannya pula seperti anak bongsu. Oleh itu mereka berdua dapat melengkapi antara satu sama lain.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu-dulu itu, tidaklah dapat diketahui kebenarannya, tetapi ramai juga yang mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara.

Info: Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.Terpulanglah kepada anda sama ada mahu mempercayai ataupun tidak:

Sulung dengan sulung: Berkemungkinan untuk sering bertelagah. Ini kerana masing-masing  suka berkeras dan sentiasa akan menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika mereka bercinta , mereka akan amat memerlukan  kesabaran yang tinggi dalam menjalani hubungan tersebut.

 

kenali pasangan dalam urutan keluarga

Sulung – Tengah : Sudut negatif hubungan ini adalah berkemungkinan perubahan sikap si anak tengah yang akan menyenangkan si sulung. Anak tengah merupakan pasangan yang serasi untuk siapa saja. Namun begitu, si tengah sering kali akan menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jadi sekiranya anak tengah berpasangan dengan anak sulung, ianya  akan selalu merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Akan tetapi, jika si tengah lebih cenderung bersikap seperti anak bongsu, maka mereka akan dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu: Kombinasi paling cukup serasi. Si anak sulung akan dapat mengajarkan pasangannya, supaya untuk bertindak dengan lebih teratur terutamanya apabila menghadapi masalah yang serius.  Manakala si anak  bongsu akan dapat mengimbangi sikap serius si anak sulung dengan cara mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berbual mengenai masa depan.

Tengah – Tengah: Pasangan ini akan sentiasa serasi dalam apa jua yang mereka akan lakukan tidak kira pendapat atau tempat-tempat melancong. Mereka akan menjadi sangat serasi bersama, ini kerana apabila yang satu cenderung menjadi seperti anak sulung dan pasangannya menjadi seperti anak bongsu,  mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun begitu , anak tengah selalunya suka menyimpan rahsia. Ini akan menyebabkan terjadinya masalah serius dalam berkomunikasi. Walaubagaimanapun, masalah akan cepat dan mudah selesai kerana mereka pandai berbincang dan sentiasa mahukan  perdamaian.

 

 

Tengah – Bongsu: Hubungan ini akan berjalan dengan lancar, ini kerana apabila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jikalau anak tengah menunjukkan dirinya seorang yang sporting, maka ia akan cenderung terbawa-bawa gaya si anak bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri.

Bongsu – Bongsu: Ini kena berhati-hati, kerana  apabila dapat bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun apabila mengalami masalah, kamu akan susah untuk mengawal situasi kerana kedua-duanya amat manja dan akan cepat merajuk.

Jadi untuk mempercayai ataupun tidak terpulanglah, tepuk dad tanya selera .-ramenpedas.com

Sumber : Berita harian

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair Tahniahh diucapkan dan pada 05 Julai …

Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

  Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar Selesai mengadakan majlis …

Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

  Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar Tahniahhh diucapkan kepada pelakon …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *