Home » Informasi » 7 Faedah Amalan Menabung Untuk Masa Hadapan

7 Faedah Amalan Menabung Untuk Masa Hadapan

 7 Faedah Amalan Menabung Untuk Masa Hadapan
7 Faedah Amalan Menabung Untuk Masa Hadapan
Amalan menabung adalah amalan yang elok supaya kita mempunyai simpanan di masa hadapan. Menabung seeloknya dipupuk dari awal. Jadi mari PP kongsikan 7 Faedah Amalan Menabung Untuk Masa Hadapan 
1. Meningkatkan taraf dan kualiti hidup
Sekiranay kita menabung dalam masa panjang, ianya akan  dapat membantu kita menikmati kehidupan lebih berkualiti apabila kita akan mampu memiliki manfaat yang tidak mungkin dapat diperolehi dengan pendapatan sekarang.
 7 Faedah Amalan Menabung Untuk Masa Hadapan
2. Dapat membiayai pendidikan
Menabung juga mampu membantu  kita untuk membiayai kos pendidikan anak-anak supaya mereka memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan yang sempurna. Kepada yang masih belum berumah tangga atau bujang , anda boleh mulakan menabung mulai dari sekarang untuk masa depan keluarga yang akan anda bina nanti.
3. Akan meningkatkan pendapatan
Apabila kita menabung dan menyimpan di dalam bank atau saham secara berterusan, kita akan dapat memperolehi pulangan dalam bentuk faedah serta dividen yang berganda. Sedar tidak sedar kita berjaya menjadikan alternatif menabung sebagai salah satu jalan untuk meningkatkan pendapatan kita
4. Tanggungjawab berumah tangga
Amalan menabung boleh membantu menyediakan generasi yang sentiasa menabung, terutamanya apabila mula bekerja mereka seharusnya menabung supaya mereka mampu memulakan kehidupan berumah tangga tanpa perlu berhutang.
5. Untuk membeli rumah
Amalan menabung akan membolehkan kita untuk menyediakan wang pendahuluan dan kos urusan pembelian atau dikenali ‘duit muka’ apabila membeli rumah atau tanah nanti. Dengan amalan menabung,  ia mampu memudahkan kita memperolehi pinjaman penuh bank kerana kita mampu membayar wang pendahuluan yang tinggi.
 menabung untuk percutian
6. Untuk membeli barang keperluan
Apabila kita sudanh menabung sejak dari awal, kita akan memiliki wang untuk membeli kelengkapan dan perkakas rumah secara lebih murah melalui pembayaran tunai, sekaligus ianya akan mengelakkan kita dari berhutang dan membayar pada harga lebih tinggi melalui ansuran.
7. Keselesaan waktu persaraan
Kebanyakan pekerja yang sudah bersara mengharapkan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai tabungan dihari tua nanti. Sedangkan mengikut kajian majoriti wang dalam KWSP akan habis dalam masa 2 tahun. Jadi apa kata anda mulakan amalan menabung dari sekarang untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa selepas bersara kelak, bukan semata-mata kita bergantung kepada dana Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Jadi marilah kita menabung untuk masa hadapan.-ramenpedas.com
Sumber: infowang,blogspot

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *