Home » Informasi » 5 Sikap Ini Menjadikan Wanita Tidak Cantik

5 Sikap Ini Menjadikan Wanita Tidak Cantik

5 Sikap Ini Menjadikan Wanita Tidak Cantik

5 Sikap Ini Menjadikan Wanita Tidak Cantik

Setiap wanita dilahirkan memang mempunyai kecantikan tersendiri. Akan tetapi jikalau sikap seseorang wanita itu kurang menyenangkan, maka ianya akan menyebabkan wanita ini tidak akan disukai oleh masyarakat walaupun dia sungguh cantik.

Cantik bukan hanya pada rupa luaran sahaja, tetapi dari segi peribadi, sikap dan adab seseorang itu. Jom CK kongsi apa 5 Sikap Ini Menjadikan Wanita Tidak Cantik.


1. Suka berkasar dengan orang
Sesetengah wanita memang ada yang kasar. Suka menjerit atau mengeluarkan kata-kata kesat atas sebab satu kesilapan kecil, ianya memang melampau. Selain itu sikap yang suka menindas orang lain atau pasangan sendiri merupakan sikap yang paling kurang disukai oleh sesiapa sahaja.

2. Terlalu Bangga diri
Ada sesetengah wanita terlalu bangga dengan diri sendiri, tetapi janganlah sampai kecilkan kebolehan orang lain kan. Untuk yakin dan bangga dengan diri sendiri tidak salah, akan tetapi jangan terlampau over sampai ‘angkat bakul sendiri’. Memalukan jew.


3. Berfikiran sempit, semuanya salah
Jangan harap muka je cantik tetapi berfikiran sempit, tidak guna jugak kan, Anda kena selalu update atau ambil tahu tentang isu semasa, sentiasa berfikiran luas dan boleh menerima pendapat orang lain. Janganlah rasa diri sendiri je betul.


4. Suka menipu dan putar belit
Bukan setakat lelaki je yang pandai menipu, ramai wanita juga menipu untuk menyembunyikan sesuatu rahsia. Jadi tidak hairan la jika wanita seperti ini tidak mempunyai ramai kawan sebab orang dah boleh baca sikap mereka.

 

5 Sikap Ini Menjadikan Wanita Tidak Cantik
5. Cepat marah dan baran
Wanita memang sudah terkenal dengan sikap panas baran dan moody melampau. Sikap yang mudah marah, cepat kecil hati setiap masa dan kuat merajuk juga tidak akan begitu disukai oleh orang sekeliling, Jadi silalah ubah sikap ini jika mahu nampak cantik dan manis sentiasa.

Jadi PP berharap agar anda dapat memperbaiki sikap-sikap yang ada pada diri kita ye.-ramenpedas.com

Sumber : hanasuva.com

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair Tahniahh diucapkan dan pada 05 Julai …

Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

  Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar Selesai mengadakan majlis …

Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

  Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar Tahniahhh diucapkan kepada pelakon …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *