Home » kisah sedih » Remaja 15 Tahun paksa ibu beli iPhone 6 Plus 64GB untuk Teman wanita

Remaja 15 Tahun paksa ibu beli iPhone 6 Plus 64GB untuk Teman wanita

Remaja 15 Tahun paksa ibu beli iPhone 6 Plus 64GB untuk Teman wanita

 

Remaja 15 Tahun paksa ibu beli iPhone 6 Plus 64GB untuk Teman wanita

Kejam!! Satu Kisah Menyayat Hati Mula Tersebar Di media Sosial, Yang Diceritakan Oleh Seorang Peniaga Di Kedai Telefon, Seorang Remaja Lelaki Berusia 15 Tahun telah Memaksa Ibunya Membelikan IPHONE 6 plusa 64gb Untuk Hadiahkan Teman Wanitanya.. Ikuti Kisah Penjual Tersebut

anak paksa ibu beli iPhone 6 Plus 64GB untuk Teman wanita

~Semalam, aku dapat seorang customer, seorang anak dan ibunya datang. Ibu dia sakit kaki, macam tak berdaya nak berjalan. Aku pun berikan layanan.
Aku: Assalamualaikum makcik, kami ada set handphone, laptop dengan barangan rumah. Ada tiga cara bayaran, cash, kad kredit dan ansuran mudah.
Ibu: Kalau ansuran mudah macam mana cara dia?
Aku: Kalau ansuran mudah, sediakan penyata gaji, salinan kad pengenalan dan penyata bank. Kalau malas nak pergi bank buat penyata bank, bagi je nombor akaun, saya buatkan penyata bank. Makcik nak apa, saya kirakan sekali bayaran bulanannya. Paling maksimum bayaran boleh sampai tiga tahun saja.
Anak: Okay bang, berapa eh sebulan untuk iPhone 6 Plus 64GB dengan Samsung Note 4?
Aku: *terus ambil kalkulator kira* Okay, kalau dua handphone, RM296 untuk sebulan selama 3 tahun.
(Sambil tersenyum aku tengok, muka makcik itu yang macam resah. Aku tahu makcik tu orang susah).
Anak: Okay, Ibu jadi eh? Boleh eh?
Ibu: (Hanya mampu mengangguk mengikut kehendak anak dia)
Aku:  Beli handphone sampai dua, satu siapa punya? Umur adik berapa?
Anak: Yang Samsung Note 4 itu saya punya, yang iPhone 6 128GB tu saya nak hadiahkan kepada makwe saya bang. Minggu depan hari lahir dia. Umur 15.
Aku: (Mengucap dalam hati, sambil geleng kepala. Ya Allah, macam ni sekali anak dia buat kat Ibu dia? Ibu dia yang bayar bulan-bulan, senang-senang je anak bagi kat makwe dia).
Ibu dia terus keluarkan dokumen, aku tengok penyata gaji Ibu dia sebulan cuma RM950.
Aku: Okay makcik, nanti saya proses. Dalam masa seminggu akan dapat jawapan lulus ke tak.
Ibu: Okay, baik dik. Terima kasih. (Dengan wajah seperti pasrah dengan kehendak anak dia)
Aku: Sama-sama makcik. Datang lagi.
(Aku senyum dengan rasa bersalah tengok keadaan Ibu dia yang kaki tempang berjalan keluar). Ya Allah macam nak menangis tengok.
Subhanallah…kuatkanlah dirimua engkau wahai si Ibu moga tempatmu di sana nanti dikalangan orang-orang beriman….

 

~kesimpulannya Makan Minum Kau Pun Mak Tanggung Lagi Ada Hati Nak belikan Makwe Iphone Gune Duit Mak Kau?? agak2 La dik Sedih PP tengok Perangai Anak-anak Yang Macam Nih..  Belajar Dulu Takyah sibuk Nak habiskan duit mak bapak– ramenpedas.com

Sumber: FB

Incoming search terms:

Check Also

Jom Kenali 5 Jenis Pemerah Atau Gincu Bibir

Jom Kenali 5 Jenis Pemerah Atau Gincu Bibir

  Jom Kenali 5 Jenis Pemerah Atau Gincu Bibir Memakai pemerah bibir atau gincu bibir memainkan …

refarm tempat berkelah

Refarm Leisure Farm Kampar Perak Port Menarik Untuk Bercuti

  Refarm Leisure Farm Kampar Perak Port Menarik Untuk Bercuti Refarm Leisure Farm Kampar Perak …

Kisah Sedih - Stokin Putih

Kisah Sedih – Stokin Putih

    Kisah Sedih – Stokin Putih Luluh hati ini tatkala membaca kisah yang ditulis …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *