Selain  wang tunai, barang atau sesuatu yang bermanfaat boleh dijadikan sebagai mas kahwin,. Mas kahwin adalah wajib dibayar atau diberikan semasa upacara akad nikah pasangan pengantin.Sebagaimana Firman Allah:
“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka.” [Surah al-Nisa, ayat 4]Mas kahwin juga dibolehkan dengan pemberian senaskah al-Quran kepada isteri di mana, Rasulullah S.A.W telah mengahwinkan seorang lelaki dengan bermas kahwinkan surah (ayat-ayat al-Quran) yang di mana lelaki tersebut tidak mempunyai barangan untuk dijadikan mas kahwin kepada isterinya.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Allah telah berfiman di dalam al-Quran:
“Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu (isteri) sepikul mahar, maka jangan kamu ambil walau sedikit daripada mahar itu” – surah al-Nisa : 20 –

Hikmah senaskah al-Quran dijadikan sebagai mas kahwin:
Al-Quran merupakan kitab suci dan melambangkan cinta sejati bersyariatkan agama kepada isteri.
• Ayat-ayat al-Quran akan dibaca dan dimanfaatkan sebaik-baik kegunaannya hingga ke akhir hayat.
• Ilmu yang amat berguna untuk membantu dalam meningkatkan amalan dunia dan akhirat.
•Dapat memberikan  pahala kepada suami dan isteri apabila membaca al-Quran.
• Mendapat keberkatan dan kesejahteraan dalam rumahtangga.

Hantaran pula berbeza daripada mas kahwin di mana ianya tidak diwajibkan tetapi ianya terpulanglah kepada pasangan untuk memberikanya mengikut kadar yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak. Mengikut adat budaya  Melayu, wang hantaran adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan isteri dan keluarganya dalam membuat persiapan majlis perkahwinan. Selain itu, ia juga dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang tersayang. Jumlah duit hantaran yang ditawarkan oleh pihak lelaki sebenarnya ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan semasa perbincangan bersama keluarga pihak perempuan.

Bilakah masa yang sesuai untuk pemberian wang hantaran?
1.Selepas ikatan pertunangan atau dua bulan sebelum akad nikah dengan memberikan separuh daripada wang hantaran. Ini bertujuan untuk membeli pelbagai barang persiapan untuk majlis kenduri. Selepas majlis akad nikah diberikan  selebihnya lagi.
2.Memberikan kesemua wang hantaran dua bulan sebelum majlis akad nikah berlangsung.
3.Memberikan kesemua wang hantaran pada majlis akad nikah.
selamat membaca – Palipali.net

Sumber:PesonaPengantin