Home » ilmu Islam » Kenapa Anak Tidak Mirip Ayah Atau Ibunya??

Kenapa Anak Tidak Mirip Ayah Atau Ibunya??

Anak Tidak Mirip Ayah Atau Ibunya??

 

Kenapa Anak Tidak Mirip Ayah Atau Ibunya??

Kebiasaan  seorang anak mempunyai persamaan wajah dengan salah satu dari kedua Ibu Bapanya. Malah ada yang mirip dengan kedua Ibu Bapanya sekaligus dari Raut wajah dan gayanya. Ada yang wajahnya mirip ibu, sementara gaya berjalannya mirip ayahnya. Ada yang matanya mirip sang ayah, sementara Bibirnya  mirip sang ibu. Ada juga yang wajah dan gayanya hanya mirip  ibu ayah saja.

 Sebagai Contoh , Fatimah binti Rosulillah adalah  Antara contoh yang tepat. Menurut Aisyah Rodhiyallahu Anha, Fatimah sangat mirip dengan   ayahnya, Rasulullah Muhammad shollahu ‘alaihi wasallam baik dari sisi Dan Raut wajah mahupun gaya. Hal ini sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunan-nya.
 Dari Aisyah Rodhiyallahu ‘Anha, beliau berkata,
Aku tidak melihat orang yang paling mirip dengan Rasulullah Shallahu’ Alaihi wasallam wajah dan gayanya selain Fathimah”.
Dalam Shahih Bukhari no. 3623 dan Muslim 2450 juga didapati keterangan bahawa gaya berjalan Fathimah  Juga mirip dengan Rasulullah. Dari ‘Aisyah: “Fathimah berjalan seperti jalannya Rasulullah”
 Tetapi, tidak semua anak mirip dengan ayah atau ibunya. Ada anak yang wajahnya Tidak Sama Dan Jauh Berbeza dengan ayah Ataupun  ibunya. Bila menemui anak yang tidak mirip dengan ayah atau ibunya, boleh jadi di antara kita ada yang Mula meragukan Status Anak Itu ebagai anak kandung dari kedua orang Ibu baanya , yang secara tidak langsung kita menuduh bahawa anak Itu adalah hasil dari perbuatan zina. Naudzubillahi min dzalika.
Padahal Banyak kemungkinan Yang lain, dan kemungkinan ini lebih selamat kerana ditunjukkan oleh
as-Sunnah dan sejarah para nabi.
 Ketika ada seorang lelaki yang datang menghadap Nabi dan meragukan anak yang dilahirkan isterinya, Nabi yang mulia menyatakan bahawa sang anak tidak mirip dengan ayah atau ibunya kerana boleh jadi mirip dengan bapa saudara atau datuknya.
 Kenapa Anak Tidak Mirip Ayah Atau Ibunya??
 Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, berkata “Seorang lelaki dari Bani Fazarah mendatangi Nabi Shallahu’ Alaihi Wassalam dan berkata, ‘Istriku telah melahirkan anak yang berkulit hitam.'” Nabi berkata, “Apakah kamu punya unta?” “Ya” jawab laki- laki itu. “Apa warnanya?” Tanya Nabi. “Merah”, jawabnya. “Apakah di antara anaknya ada yang berwarna hitam?” Tanya Rasulullah. “Ya ada”, jawabnya.
“Dari mana datangnya? Tanya Nabi. “Mungkin mirip dengan datuknya atau bapa saudaranya.” (HR Bukhari 684 dan Muslim 1500).
 Bukti lain bahawa anak boleh saja tidak serupa dengan orang tuanya tetapi mirip dengan datuk atau neneknya juga dibuktikan oleh sejarah para nabi. Sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Mustafa al-Adawi misalnya, “Yusuf ‘Alaihissalam, seorang nabi Telah dianugerahi ketampanan yang luar biasa sehingga dikatakan bahawa beliau ini diberi ketampanan separuh ketampanan manusia di alam ini. Ternyata Yusuf ini adalah cucu dari seorang wanita tercantik pada zamannya, iaitu Sarah.
“(Syaikh Musthofa Al Adawi, Tarbiyatul Abna ‘Bagaimana Nabi SAW Mendidik Anak, Media Hidayah, Jogjakarta, 2005. Hal. 55)
Cucu yang dimaksudkan oleh Syaikh Mustafa al-Adawi adalah cicit mengikut bahasa kita Zaman Sekarang . ini kerana menurut Jihad Muhammad Hajjaj yang berpunca dari Qashashu al-Anbiya, hlm. 222, Nabi Ishaq ‘alaihissalam yang merupakan anak dari Nabi Ibrohim’ Alaihissalam dan Sarah, menikah dengan Ribka binti Betwaeil. Dari pernikahan dengan Ribka itulah terlahir Esau dan Nabi Ya’qub ‘alaihissalam yang merupakan ayah dari Nabi Yusuf’ Alaihissalam. (Jihad Muhammad Hajjaj,
( Umur & Silsilah Para Nabi, Qisthi Press, Jakarta, 2010. Hal. 79)
 ~Kesimpulannya Kalau kita melihat ada anak yang tidak mirip dengan ayah atau ibunya,  ataupun Anak Kita Sendiri Tidak Mirip Wajah Kita!! sebaiknya Kita  idak berburuk sangka apalagi menuduh bahawa anak Itu adalah hasil Dari Hubungan Telarang . Kerana Seorang anak Memang boleh , tidak mirip ayah ibunya Langsung tetapi mirip dengan Ahli Keluarga  Atau saudara, datuk, ibu saudara, nenek, walaupun Begitu . Sebagai Orang Dewasa Wajib Tahu Jaga Batas-Batas Pergaulan Supaya Perolehi  Anak Keturunan Yang Baik2-ramenpedas.com
Sumber: Detik Islam

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *