Home » Informasi » Kenali Personaliti Melalui Gaya Pertuturan

Kenali Personaliti Melalui Gaya Pertuturan

Kenali Personaliti Melalui Gaya Pertuturan
Kenali  Personaliti Melalui  Gaya Pertuturan

Apabila kita bercakap atau berbual dengan seseorang  lelaki mahupun perempuan, tentunya pelbagai gaya pertuturan  ditonjolkan. samaada betul atau tidak, mari PP kongsikan panduan di bawah untuk kita kenali Personaliti Melalui gaya Pertuturan.

1. Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap atau berbual
Tindakan ini membayangkan yang dia berkemungkinan berbohong, memutarbelitkan perkara, ragu-ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diperkatakan atau dicakapkan.
2. Berpeluk tubuh ketika bercakap
Ini menunjukkan bahawa dia  menunjukkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima  apa-apa sahaja yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan bahawa  dia seorang yang sukar untuk mengalah atau bersetuju dan untuk  bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang sedemikian juga menunjukkan bahawa dia mempunyai  pendapat berbeza, serba salah atau bkemungkinanjuga tidak berpuas hati dengan kita.
3. Mata dan dahi yang berkerut-kerut
Ini menandakan bahawa dia amat berminat dengan apa yang kita cakapkan tetapi  tidak mempercayai apa yang kita ceritakan padanya.
 4. Matanya tidak memberi tumpuan atau melilau  ke sana dan ke mari
Gerak laku yang sedemikian menunjukkan bahawa dia tidak berminat pada perkara yang kita cakapkan. Jikalau kita baru sahaja berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini akan menunjukkan bahawa dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.
5. Mata berkelip-kelip lebih laju daripada biasa
Gerak laku seperti ini pula mengambarkan yang dia adalah pembohong dan kata-katanya tidak boleh dipercayai.
6. Memandang kita, tetapi tidak pada mata sewaktu kita bercakap  ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita )
Ini menunjukkan bahawa dia berminat, tetapi dia seorang yang amat pemalu. Perasaannya tidak selesa dan dia tidak releks.
 7. Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap atau berbual
Gerak laku ini pula menunjukkan  dia amat berminat dengan isi percakapan dan kita betul-betul menarik minatnya atau perhatiannya. Jikalau  kiranya isi percakapan itu tidak menarik minatnya, kemungkinan besar dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita dengan  lebih dekat.
8. Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang
Dia bersikap negatif kapada kita. Dia berkemungkinan berasa bosan, menyampah  atau memandang rendah diri kita.
9. Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas
Orang yang bersikap bersiap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya . Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.
 10. Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap
Gaya Ini menunjukkan bahawa  dia berasa ragu-ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah gelisah dan fikirannya tidak tenang.
tengok betul- betul –ramenpedas.com
Sumber: Diarikakmoon

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee

  Gambar Sekitar Perkahwinan Pelakon Drama Korea Lee Dong Gun Dan Joo Yoon Hee Tahniah …

Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia

  Viral Cosplay Anime Jepun Gadis Berhijab Tarik Perhatian Dunia Peminat-peminat Anime jepun, seperti Naruto, …

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman

  Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Anak Perempuan Aziz M Osman tahniah diucapkan kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *