Home » Informasi » Hormatilah Mertua Seperti Ibu Bapa Sendiri

Hormatilah Mertua Seperti Ibu Bapa Sendiri

 

Hormati Mertua Seperti Ibu Bapa Sendiri

 

Hormatilah Mertua Seperti Ibu Bapa Sendiri

Terjumpa satu artikel dalam Berita Harian –(Hormati Mertua Bagai Ibu Bapa Sendiri Elak Konflik Rumah Tangga (Oleh:Amran Zakaria) yang menyentuh tentang bagaimana Islam meletakkan status dan kedudukan yang tinggi terhadap kedua-dua  ibu bapa termasuk kedua-dua mentua.

Pada pendapat PP la, artikel ni amat sesuai untuk dibaca oleh semua pasangan suami isteri serta mereka-mereka  yang bakal berkahwin dan  akan menempuhi alam rumahtangga.

Tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan menantu, terutamanya menantu lelaki. Mengabaikan tanggungjawab terhadap mentua bagaikan mengabaikan ibu bapa kita sendiri. Ajaran Islam dengan jelas sekali menyatakan bahawa kita tidak akan terbatal wuduk dengan mentua.

Rasulullah S.A.W ada menyatakan kedudukan mentua melalui sabda Baginda yang bermaksud: “Ibu mentua kedudukannya adalah sebagai ibu,” (Riwayat At Tirmidzi dan Ahmad ).  Apabila kita menanamkan perasaan asing dalam pemikiran kita dengan menganggap mentua adalah  ibu bapa kelas kedua, maka selagi itulah ruang terbuka untuk menanam rasa curiga dan irihati sentiasa ada.

Bagi pasangan berkahwin, permasalahan hubungan antara menantu dan mentua kerap menjadi punca timbulnya konflik perbalahan antara suami dan isteri. walaupun pada zaman sekarang ini sudah banyak pasangan tidak tinggal lagi serumah dengan mentua, namun itu bukan bererti masalah menantu dan mentua sudah berakhir.

Tidak dinafikan bahawa seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang perlu dan paling dihormati serta ditaati selepas Allah dan Rasul, tetapi bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mentua, mereka wajib menghormati ibu mentua lalu diikuti dengan bapa mentua mereka. Perasaan kasih sayang sebagai anak sendiri mesti ditanam kukuh di dalam jiwa dan perasaan setiap mentua terhadap menantunya. Memberi layanan kelas kedua atau memilih kasih  terhadap menantu akan menyebabkan  dilema kebencian menantu kepada mentuanya secara berpanjangan,

Mentua sebagai orang lama yang telah banyak merasai asam garam kehidupan hendaklah sentiasa bertindak matang supaya sesuai dengan status dan kedudukannya, tanpa menggunapakai kuasa mutlak dalam apa juga tindakan mereka.

Jadi hormatilah kedua-dua ibu bapa dan kedua-dua mentua anda. –Palipali.net

Sumber: Panduanpercuma

Incoming search terms:

Check Also

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair

  Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Yuna Dan Adam Sinclair Tahniahh diucapkan dan pada 05 Julai …

Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

  Gambar Sekitar Majlis Berinai dan Resepsi Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar Selesai mengadakan majlis …

Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar

  Gambar Sekitar Majlis Meraikan Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr. Izzar Tahniahhh diucapkan kepada pelakon …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *