Home » Tips Dan Petua » 9 Cara Kurus Dengan Cepat

9 Cara Kurus Dengan Cepat

9 Cara Kurus Dengan Cepat

 

9 Cara Kurus Dengan Cepat

Semua orang, tidak kira umur, atau pangkat, mampu untuk menjadi kurus, dengan syarat anda mestilah kekalkan disiplin dalam pemakanan seharian serta melakukan senaman sekerap yang mungkin.

Jadi kami berikan tips terbaik untuk kurus dengan cepat dengan cara yang paling senang.

#1 – Jangan Berlapar

Ingat jangan BERLAPAR .Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.

Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

9 Cara Kurus Dengan mudah

 

 

#2 – Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

#3 – Minum Sekurang-Kurangnya 8 Gelas Air Kosong Setiap Hari

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air,mesti perut dah penuh jadi kebarangkalian untuk menambah nasi pasti tidak akan berlaku.Tips terkini bahagi kan berat anda 2o kg bersamaan dengan 1 liter air.Jadi anda tahukan berapa liter air yang perlu anda minum sehari.

#4 – Elakkan Minum Minuman Yang Bergas

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh.Dah la mahal kan di zaman GST ni,jadi cara terbaik minum lah air masak.

9 Cara Kurus Dengan mudah

 

#5 – Elakkan/Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan Seharian

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

#6 – Jangan Skip Sarapan Pagi

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi?

Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.Jadi jangan lupa makan pagi ,tetapi jangan la makan nasi lemak .

#7 – Makan Secara Perlahan-Lahan

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.Makan dengan santai dan tertib.

#8 – Kunyah Makanan Kepada Cebisan Kecil

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.Masa kita sekolah rendah pun cikgu dah ajarkan kunyah 44 kali sebelum telan .Betul tak?

#9 – Makan Dengan Kerap Tetapi Pada Jumlah Yang Sedikit

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Tips diatas mungkin anda pernah baca kan,tapi ada tak kita amalkan.Macam mana nak turunkan berat badan yang berlebihan tu sekiranya kita tidak bermula dengan langkah pertama.Impian dan semangat saja tidak cukup untuk ,tanpa tekad untuk yang jitu untuk kurus.

p/s PP pun bersemangat tinggi untuk kurus tetapi selalu ke laut-ramenpedas.com

sumber: google

Check Also

Tips Elak Demam Selsema Berjangkit Satu Rumah

Tips Elak Demam Selsema Berjangkit Satu Rumah Menggunakan Bawang

  Tips Elak Demam Selsema Berjangkit Satu Rumah Menggunakan Bawang Demam selsema memang merungsingkan jika …

Rahsia Dan Khasiat Air Rebusan Kismis

Rahsia Dan Khasiat Air Rebusan Kismis

  Rahsia Dan Khasiat Air Rebusan Kismis Pernahkah anda mendengar tentang khasiat air rebusan kismis? Ternyata …

Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

      Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian Apabila baju kesayangan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *