Home » Tips Dan Petua » 5 Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin

5 Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin

5 Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin

5 Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kembali langsing selepas bersalin tu mungkin akan jadi sesuatu yang mencabar buat kaum ibu di luar sana.Tapi tak boleh lah nak ambik mudah saja, selama 9 bulan perut kita membesar dengan jayanye jadi untuk kempiskan dan tegangkan balik lemak dan kulit yang menggelebeh tu kena usaha sikit ye..

Kali ini saya nak share beberapa tips yang boleh bantu ibu-ibu selepas bersalin untuk kembali langsing. Antaranya ialah:

  1. Pengambilan set bersalin

Set bersalin ini akan bantu untuk sembuhkan luka dengan cepat dan ia juga boleh bantu dalam penyusuan susu ibu.Penggunaan set bersalin ini juga akan dapat mengelak ibu-ibu dari sembelit masa berpantang nanti, selain ia dapat menurunkan berat badan dan menggantikan tenaga serta zat badan yang hilang selepas bersalin.

Pilihlah set bersalin yang sesuai dengan badan puan-puan, buat senarai dan kaji set-set bersalin yang ada dipasaran sekarang ni. Macam-macam ada di pasaran sekarang ni jadi pilihlah dengan bijak ye..:)

  1. Pemakaian Bengkung

Bengkung ini penting di pakai untuk kembalikan bentuk badan kepada yang asal selepas bersalin. Ia akan dapat tegangkan kulit yang menggeleber dan juga kuatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.

Pemakaian bengkung secara berdisplin akan membantu puan-puan untuk kempiskan kembali perut dan juga boleh naikkan otot di bahagian dada.

Bengkung juga bagus untuk menghalang perut dimasuki angin masa berpantang dan juga dapat menghalang peranakan daripada ‘terturun’.

Penting untuk pilih bengkung yang selesa dan mudah dipakai.Jadi tiadalah alasan untuk tak pakai bengkung bila dah beli nanti.

  1. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang

Semasa berpantang ibu-ibu digalakkan untuk makan pelbagai jenis buahan-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan kembali vitamin-vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan.

Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekalkan tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama.

Produk-produk tenusu seperti susu dan yogurt baik untuk membekalkan protein dan membantu menurunkan berat badan.

  1. Sentiasa menyusukan anak

Menyusukan bayi secara ekslusif bukan hanya bermanfaat untuk bayi anda, malah ia baik juga kepada ibu.

Ia boleh membakar lebih banyak kalori, membolehkan berat badan turun semasa berpantang. Ia juga baik untuk mengurangkan risiko menghidap kanser payudara dan tulang rapuh

 

cara Kembali Langsing Selepas Bersalin

  1. Kerap bersenam

Cuba lakukan beberapa aktiviti yang mudah yang boleh mengeluarkan peluh.Cukup dengan melakukan senaman ringan seperti senaman aerobik selama 30 minit 3 kali seminggu.Anda juga boleh bersenam dengan baby anda

Jika anda tidak tahu senaman apa yang anda boleh lakukan, sibukkan diri anda dengan menyapu halaman rumah atau mengemas bilik.

Saya harap tips-tips ini akan membantu puan-puan untuk kembali langsing selepas bersalin.

Sumber: Benkungmoden

Incoming search terms:

Check Also

Tips Elak Demam Selsema Berjangkit Satu Rumah

Tips Elak Demam Selsema Berjangkit Satu Rumah Menggunakan Bawang

  Tips Elak Demam Selsema Berjangkit Satu Rumah Menggunakan Bawang Demam selsema memang merungsingkan jika …

Rahsia Dan Khasiat Air Rebusan Kismis

Rahsia Dan Khasiat Air Rebusan Kismis

  Rahsia Dan Khasiat Air Rebusan Kismis Pernahkah anda mendengar tentang khasiat air rebusan kismis? Ternyata …

Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

      Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian Apabila baju kesayangan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *